IPOH: Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua tuduhan mengugut bunuh dan mencederakan ibu kandungnya, Ahad lalu.
Tertuduh, V Kumaran, 48 tahun, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret S. Punitha.
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa dengan sengaja melakukan ugutan jenayah secara lisan terhadap ibu kandungnya yang berusia 73 tahun, dengan mengacukan gunting ke leher wanita itu sambil berkata, "Saya akan bunuh mama. Jika mama mati, saya pun akan mati hari ini," dengan niat hendak menyebabkan rasa cemas ibunya.
Dia yang bekerja sebagai buruh kontrak didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Taman Klebang Jaya, Chemor, kira-kira jam 4 petang, 27 Ogos lalu.
Dia dituduh di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Dalam pertuduhan kedua, dia dituduh mendatangkan kecederaan terhadap ibunya itu di tempat, masa dan tarikh yang sama.
Kumaran didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326 A kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda hingga RM2,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara empat bulan bagi tuduhan pertama dan lapan bulan bagi tuduhan kedua.
Mahkamah mengarahkan hukuman penjara itu dijalankan serentak dari tarikh tertuduh ditangkap.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fahmi Kamaluddin manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Siti Hajar Hamzah.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Aug 30 2023
Mahkamah Majistret Ipoh menjatuhkan hukuman penjara empat bulan bagi tuduhan pertama dan lapan bulan bagi tuduhan kedua ke atas Kumaran hari ini. - Foto Astro AWANI
Legenda bola sepak Perancis Cantona persoal sikap dunia terhadap Israel
Legenda bola sepak Perancis, Eric Cantona mempertikaikan sikap dunia terhadap Israel.
20 ahli 'Geng TR' dihadapkan ke mahkamah
20 individu dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menyertai kumpulan jenayah terancang, Geng TR sejak lima tahun lepas.
Pengadu tarik balik laporan, anggap kes dipukul pengawal peribadi hanya salah faham - Polis KL
Rusdi berkata laporan polis kedua dibuat pengadu bagi menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik, serta tidak mahu memanjangkan kes.
SPRM setuju lanjut tempoh isytihar harta anak Tun M - Azam Baki
SPRM membenarkan tempoh lanjutan pengisytiharan harta dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
2 maut nahas pesawat di Ecuador, kemalangan udara ke-4 dalam tempoh 2 bulan
Dua orang terbunuh dan seorang cedera pada Selasa apabila pesawat kecil mereka terhempas di Santa Rosa, wilayah pantai selatan El Oro, Ecuador, kata Direktorat Jeneral Penerbangan Awam.
Ahmad Zahid mulakan lawatan rasmi ke Beijing
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memulakan lawatan rasmi beliau di Beijing pagi ini dengan menghadiri mesyuarat pre-council.
MIDF jangka inflasi naik sedikit pada tahun ini
Inflasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) yang meningkat sebanyak 1.9 peratus tahun ke tahun pada April 2024 menunjukkan tekanan kos yang lebih tinggi untuk perniagaan tempatan, menurut MIDF Research.
Kru Shenzhou-18 jayakan misi EVA kali pertama
Kru kapal angkasa lepas Shenzhou-18 berjaya menyelesaikan aktiviti luar kenderaan (EVA) kali pertama pada Selasa, menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).
Empat lelaki ditahan disyaki ceroboh Pusat Hidrografi Nasional
Empat lelaki warga asing ditahan kerana disyaki menceroboh kawasan pintu utama Pusat Hidrografi Nasional (PHN) di Pulau Indah, Klang dekat sini pada Ahad lepas.
Pesawat tentera AS terhempas
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat terhempas berhampiran Albuquerque Sunport pada Selasa.
Pengadu terima panggilan pertama Ebit Lew jam 3.40 pagi - Saksi
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret bahawa dia menerima panggilan telefon pertama daripada Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew pada jam 3.40 pagi, 4 Mac 2021.
Penganggur berdepan hukuman mati, didakwa edar 9.2kg heroin
Tertuduh, A Nathan, 48 tahun, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.
Pembantu kedai telefon mengaku tidak bersalah sebabkan kematian OKU
Lim Guan Yan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.
Peniaga didenda RM8,000 sengaja daftar kelahiran anak lebih sekali
Seorang peniaga didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret kerana sengaja mendaftar kelahiran anak sulungnya lebih daripada sekali pada September tahun lepas.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pemandu lori mengaku tidak bersalah cubaan bunuh polis, pandu berbahaya
Muhamad Hasrulnizam membuat pengakuan tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret.
Lapan lelaki didakwa sertai perhimpunan haram, sebabkan kecederaan
Mereka dituduh secara bersama menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang dengan tujuan mendatangkan kecederaan kepada seorang lelaki.
Kes pukul pemandu hingga mati, 5 suspek didakwa di mahkamah esok
Tiada sebarang perincian lanjut diberikan mengenai seksyen atau akta pertuduhan yang akan dikemukakan.
Bekas ADUN Air Putih bebas tuduhan cabul isteri kepada rakannya
Mahkamah Majistret Ampang hari ini melepaskan dan membebaskan bekas ADUN Air Putih Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, daripada pertuduhan mencabul isteri kepada rakannya, empat tahun lepas.
Kes bunuh Bella: Mahkamah tetapkan 11 Mac untuk laporan forensik
Difahamkan, laporan forensik berkenaan penting bagi pihak pendakwaraya memohon agar kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Muar.